Zuckerberg jual rumah AS$31 juta

Zuckerberg jual rumah AS$31 juta

MARK ZUCKERBERG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAN FRANCISCO: Pengasas bersama Facebook, Mark Zuckerberg telah menjual rumahnya pada harga AS$31 juta (RM141.25 juta), penjualan hartanah termahal di bandar ini, menurut The Real Deal.

Menurut Redfin, Zuckerberg yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Meta Platforms, membeli rumah tersebut sebanyak AS$10 juta (RM4.56 juta) pada 2012.

Rumah bersaiz lebih kurang 7,000 kaki persegi itu dilaporkan terletak di Liberty Hill berhampiran Dolores Park serta Hospital Besar San Francisco dan Pusat Trauma yang dibangunkan oleh Zuckerberg.

Menurut agensi hartanah, rumah itu dibina pada 1928.

“Zuckerberg dilaporkan memberi rumah berkenaan beberapa bulan selepas Face­book disenaraikan. Pada 2013, beliau dan iste­rinya, Priscilla Chan, telah melakukan pengubahsuaian bernilai berjuta-juta dolar, membabitkan tambahan bilik membasuh, bilik rehat dan bar, rumah hijau, di samping beberapa pengubahsuaian yang lain.” menurut SFGate.

Insider melaporkan, bi­lionair teknologi itu turut memiliki beberapa hartanah mewah di Silicon Valley, Lake Tahoe dan Hawaii. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×