Pakej cuci kenderaan tekan pelanggan

Pakej cuci kenderaan tekan pelanggan

MAJORITI pusat cuci kenderaan berdepan kenaikan kos lantas terpaksa mencari alternatif seperti menawarkan pakej cucian untuk menjana pendapatan. – FOTO/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pengalaman mencuci kereta tidak lagi seperti dahulu apabila terdapat segelintir pusat cuci kenderaan terutama di kawasan pelancongan sekitar Ayer Keroh dan Banda Hilir di sini, mengenakan pakej-pakej terten­tu dengan harga yang tinggi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perbuatan sekumpulan peniaga tidak bertanggungjawab itu jelas menekan pengguna, malah ada di antara mereka tidak lagi menawarkan cucian biasa.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, pengusaha terlibat hanya menawarkan perkhidmatan berdasarkan pakej disediakan, seolah-olah memaksa pe­langgan mengambilnya dengan harga antara RM40 sehingga ratusan ringgit, berbanding cucian asas hanya sekitar RM15 ke bawah.

SEORANG pekerja pusat cuci kenderaan di Alor Gajah, Melaka sedang mencuci kereta pelanggan. – FOTO/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

Tindakan tersebut dilihat me­nafikan hak pengguna memi­lih perkhidmatan mana yang sesuai dengan bajet dan keperluan ma­sing-masing.

Pakej berkenaan kebiasaannya merangkumi cucian luar, sedutan vakum, wax atau water wax, menggilap (polish) dan coating.

Seorang pengguna, Ahmad Safwan Roslan, 29, berkata, trend berkenaan dikesan bermula selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), lantas me­nimbulkan perasaan kurang se­nang masyarakat.

Katanya, apabila ditawarkan pakej tertentu melebihi harga biasa, sudah tentu ia membebankan pengguna memandangkan sesetengah pelanggan mencuci kereta kerana hanya mahu membersihkan kotoran yang tidak terlalu serius.

“Semua bergantung kepada bajet pelanggan tersebut. Kalau tempat itu menawarkan pelbagai pakej tetapi kualitinya tidak se­padan dengan harga yang di­bayar, kita akan rasa kecewa kerana tidak berbaloi.

“Lebih baik bandingkan se­tiap pusat cuci kereta dan tanya dulu pakej apa disediakan. Pada saya tidak salah untuk menyediakan pakej cucian asalkan berbaloi dan beri ruang kepada pelanggan untuk memilih jenis cucian,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, seorang lagi pengguna, Muhammad Aiman Norazmi, 20, memberitahu, dia kini terpaksa ke pusat cuci kenderaan yang sedikit jauh dari kawasan kediamannya, semata-mata tidak mahu terjerat de­ngan pakej membebankan tersebut.

“Dalam pakej macam-macam pula yang ditawarkan menye­babkan harganya menjadi mahal. Contoh water wax, wax dan sebagainya. Selain itu, kualiti cucian pun kena ambil kira de­ngan harga dibayar,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN