Artis sokong sistem percukaian aset kesejahteraan negara - Utusan Malaysia

Artis sokong sistem percukaian aset kesejahteraan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH 14 Feb. – Program turun padang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi mendekati pembayar cukai serta memupuk kesedaran rakyat mengenai kepentingan cukai pendapatan kepada pembangunan negara turut dijayakan oleh barisan artis.

Kehadiran penggiat seni tanah air seperti pelakon Datuk Fizz Fairuz serta penyanyi Elizabeth Tan dan Ippo Hafiz membuktikan golongan artis turut sama menyokong sistem percukaian sebagai aset dalam pembentukan kesejahteraan negara.

Menurut Fizz, adalah penting untuk mengisytiharkan pendapatan bercukai lebih awal supaya ia tidak tertunggak sekali gus tidak menimbulkan sebarang masalah pada masa akan datang.

“Itu yang terjadi pada artis-artis yang sebelum ini banyak kita dengar di media sosial. Sudah sampai lapan ke 10 tahun, kenapa baru sekarang hendak isytiharkan?

“Jadi, kepada semua rakyat Malaysia, mana-mana individu yang masih belum menjelaskan cukai, boleh tampil ke cawangan-cawangan LHDN terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas menjayakan program ‘Creating Awareness Sharing Nation’s Prosperity’ di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah arah utara di sini.

Program dirasmikan oleh Pengarah LHDN Perak, Roszamman Md. Nawi.

Selain pengedaran beg cenderamata, LHDN turut membuka kaunter perkhidmatan bergerak bagi membolehkan orang ramai mendapatkan nasihat percukaian secara terus. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×