USM-USU perkukuh kerjasama dua hala - Utusan Malaysia

USM-USU perkukuh kerjasama dua hala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 13 Feb. – Universiti Sains Malaysia (USM) memperkukuh hubungan sedia ada de­ngan Universitas Sumatera Utara (USU), Medan, Indonesia dalam pelbagai kerjasama termasuk aspek penyelidikan, pendidikan dan latihan serta pertukaran pelajar dan kakitangan kedua-dua buah universiti.

Naib Canselor USM, Prof. Datuk Dr. Asma Ismail berkata, hubungan itu yang dimeterai melalui majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) baru-baru ini melibatkan usahasama dalam program kepemimpinan, keusahawanan dan kesukarelawan untuk penuntut USM dan USU.

“Saya juga berharap kerjasama ini juga dapat memanfaatkan pelbagai bidang lain seperti penyelidikan serta khidmat masyarakat secara bersama,” katanya ketika berucap dalam majlis tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, wakil Rektor II USU, Prof. Dr. Muhammad Fidel Ganis berkata, beliau menyambut baik usahasama itu apatah lagi kerjasama antara USU dan USM sudah lama terjalin sekali gus yakin hubungan akrab antara kedua-dua institusi dapat di­tingkatkan lagi.

Sementara itu, majlis sama turut menyaksikan perbinca­ngan dan perkongsian dua hala yang berlangsung antara Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM dan Pemerintahan Mahasiswa (Pema) USU.

Menurut Naib Yang Dipertua MPP USM, Aiman Fayyadh, perkongsian tersebut melibatkan program yang dilaksanakan kedua-dua pihak, percambahan idea dan cabaran yang dihadapi.

“Melalui usahasama ini di­ha­rap­kan corak pendidikan pe­ringkat ASEAN dapat ditingkatkan selaras dengan arus globalisasi yang bergerak ke arah Revolusi Industri keempat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×