Farid Kamil zahir rasa lega, syukur - Utusan Malaysia

Farid Kamil zahir rasa lega, syukur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Feb. – Selepas kira-kira sebulan dibebaskan dengan jaminan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 16 Januari lalu, Datuk Farid Kamil bersyukur perjalanan seninya kembali seperti biasa.


Ketika ditemui usai menjayakan siaran secara langsung program MeleTop di Studio 1, Astro Bukit Jalil, malam ini, Farid bagaimanapun enggan berbual panjang tentang keadaan dirinya.


“Kes masih lagi dalam siasatan. Awak sudah nampak saya boleh berjalan ini maksudnya saya okey,” jawabnya ringkas.


Terdahulu, menerusi rancangan bual bicara yang mempromosikan drama bersiri lakonannya, Lafazkan Kalimah Cintamu, Farid turut menzahirkan rasa syukur atas setiap hal yang terjadi ke atas dirinya.


“Pengalaman tersebut (direman) tak boleh dibeli. Sekurang-kurangnya saya kenal siapa diri saya. Sokongan yang diberikan keluarga, rakan-rakan dan peminat adalah sumber kekuatan saya untuk hadapi dugaan ini,” memetik kata-katanya.


MeleTop yang bersiaran pada Selasa pukul 9 malam itu dihoskan oleh pengacara jemputan, Datuk Awie dan Erra Fazira. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×