Dingin Eina, Rebecca, mana persahabatan Farid, Sofi? - Utusan Malaysia

Dingin Eina, Rebecca, mana persahabatan Farid, Sofi?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UNTUK Mizz Lahar yang tak banyak bergaul dengan para sosialis zaman milenium ini, soal kisah ‘comolot’(baik sampai boleh berkongsi sudu) dan ‘potong kek’ (bergaduh, putus kawan) terutama dalam kalangan selebriti tanah air, kurang sikit masuk ke pengetahuan.

Kalau ada yang tiba-tiba bersembang buka cerita, barulah Mizz Lahar tahu, maklumlah banyak lagi hal lain yang lebih penting daripada bercerita panas dingin si anu itu dengan si anu ini. Tapi, satu kisah yang diceritakan secara tak direncana bersama geng Bawang Besar baru-baru ini, menarik perhatian juga.

Ceritanya pasal dua artis yang semakin hilang dari radar hiburan, kecuali dalam Instagram masing-masing sahaja yang meriah ceritanya iaitu dua artis bertaraf datin yang sama cantik, sempurna kehidupan dan mewah gaya mereka, Eina Azman dan Rebecca Nur Islam.

Dahulu, katanya mereka memang cukup rapat macam adik-beradik, tetapi tak tahulah apa kes, tiba-tiba masing-masing dah tak sebulu. Tiada lagi yang manis-manis. Tapi rasanya ramai yang tahu kisah mereka, pengikut Instagram mereka dan netizen pun sudah banyak yang sedar. Cuma Mizz Lahar sahaja baru nak petik, bukan apa, sekadar nak buat satu perlambangan sahaja di sini. Masa baik kentut pun bau wangi, tapi bila sudah tidak berlaga angin, putus silaturahim. Jangan marah tau Eina dan Rebecca, Mizz Lahar tanya khabar sahaja.

Sebenarnya, sepanjang menyibuk jadi pemerhati tak bertauliah hal ehwal dunia seni ini, banyak benda yang boleh sama-sama jadi bahan muhasabah diri. Macam kes Datuk Farid Kamil dengan Sofi Jikan. Masa Farid kena tahan reman, punyalah Sofi datang ‘berkhutbah’ pasal kebaikan dan kemuliaan Farid di mahkamah sebagai tanda sokongan serta pembelaan sebab bukan sehari atau seminggu-dua mereka berkawan baik melepak bersama, alih-alih nama Sofi dipetiknya. Masuk jel tiga hari, Farid yang kawan baik tadi, tengok dari jauh sahaja agaknya. Itu sahajakah nilai persahabatan dalam kalangan selebriti? Sakit juga nak memikirkannya. Masalah ganja itu hal juga, malaslah nak cakap banyak.

Apa-apa pun ini sekadar ‘sedutan’ kisah persahabatan sesama artis dan Mizz Lahar tahu, ramai artis yang kuat ukhuwah dalam persahabatan sesama artis. Itu yang Mizz Lahar ‘tabik spring’ dari dulu sampai sekarang.

MIZZ LAHAR: Seronok tengok Erra Fazira dan Awie kendalikan program MeleTOP, sila gandingkan semula kalau hos tetapnya ada agenda lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×