PRU-14 tidak jejas pelaburan KWSP - Utusan Malaysia

PRU-14 tidak jejas pelaburan KWSP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Feb. – Kumpulan Wang Simpanan Pe­kerja (KWSP) yang baru mengisytiharkan kadar dividen memberangsangkan bagi tahun 2017 menolak pandangan kononnya Pilihan Raya Umum Ke-14 tidak lama lagi bakal memberi kesan kepada pelaburan orga­nisasi itu tahun ini.

SHAHRIL RIDZA

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, situasi berkaitan politik hanya memberi kesan jangka pendek sahaja kepada pasaran sedangkan organisasi pelaburan seperti KWSP lebih memberi fokus terhadap pelaburan jangka panjang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau juga percaya, secara umumnya, kebanyakkan pihak lebih memberi fokus kepada hasil korporat.

“Perkara yang baik ialah semua pihak tahu pilihan raya umum akan berlangsung tahun ini. Jadi sebenarnya tiada ketidaktentu­an dalam pasaran mengenainya kerana pelabur luar dan domestik telah bersedia dengannya.

“Kebanyakkan pelabur seperti kami lebih memberi fokus kepada pelaburan jangka panjang dan ini didorong oleh faktor mikroekonomi, faktor stuktur yang menunjukkan kepada pertumbuhan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan selepas memberi taklimat media berkenaan dividen KWSP bagi tahun 2017 di Bangunan KWSP di sini hari ini.

Pada Sabtu lalu, KWSP mengisytiharkan kadar dividen 6.9 peratus bagi Simpanan Konvensional, yang tertinggi sejak 1997 manakala Simpanan Syariah menunjukkan pencapaian mem­berangsangkan iaitu 6.4 peratus bagi kadar dividen pertamanya.

Mengulas lanjut, Shahril Ridza memberitahu, secara umumnya KWSP melihat kepada pertumbuhan global dan domestik dengan organisasi itu selesa terhadap perkembangan semasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×