Felda Wilayah Kuantan, Jengka bakal ditransformasi - Utusan Malaysia

Felda Wilayah Kuantan, Jengka bakal ditransformasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN 12 Feb. – Selepas Felda Lurah Bilut, dua lagi kawasan tanah rancangan di negeri ini akan ditransformasikan di bawah inisia­tif Felda 2.0.

Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, dua kawasan berkenaan ialah di Wilayah Kuantan dan Wilayah Jengka yang mana pihaknya sedang menilai potensi lokasi yang boleh dilaksanakan inisiatif berkenaan.

“Pahang bukan sahaja mempunyai jumlah peneroka paling ramai tetapi paling lama. Sebab itu kelebihan diberikan kepada negeri ini untuk kita melaksanakan Felda 2.0.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Melalui inisiatif Felda 2.0 ini, setiap tanah rancangan yang di­pilih akan diperuntukkan RM10 juta daripada kerajaan Pusat dan RM10 juta daripada Felda, menjadikan keseluruhannya berjumlah RM20 juta untuk mentransformasikan kawasan berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Suratan Hak Milik Peneroka Felda Chini 3 dan 5 melibatkan 229 pe­nerima di Dewan Semai Bakti Felda Chini 3 di sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Seri Abu Bakar Harun.

Pada 4 Februari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan inisiatif Felda 2.0 di Felda Lurah Bilut di Bentong dekat sini yang merupakan proses intervensi sosio­ekonomi bagi memberi nafas baharu dalam merancakkan aktiviti ekonomi, sekali gus memastikan generasi muda kekal berbakti di Felda.

Dalam pada itu, Shahrir me­minta pengurusan Felda di setiap tanah rancangan supaya memperluaskan aktiviti ekonomi, selain memberi tumpuan kepada pertanian.

“Bidang pertanian adalah bidang utama di Felda. Untuk mengembangkan dan menjana pendapatan, ceburi perniagaan baharu seperti pelancongan tempatan. Kalau kawasan Felda mempunyai tarikan dan tidak dibuka untuk pelancongan, kita rugi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×