Thailand pusat transit 
seludup dadah ke Malaysia - Utusan Malaysia

Thailand pusat transit 
seludup dadah ke Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK 12 Feb. – Thailand kini merupakan pusat transit penyeludupan dadah transnasional eko­ran serbuan besar-besaran pihak berkuasa yang berjaya merampas sebanyak 250 kilogram dadah jenis methamphetamine semasa cuba di­seludup menggunakan kereta api ke selatan negara ini.

Suspek yang ditahan membe­ritahu polis, kumpulan penyeludup terbabit sebelum ini berjaya menyeludup jumlah dadah yang sama ke Malaysia melalui negara ini.

Dadah tersebut yang turut dikenali sebagai syabu atau ‘ice’ dianggarkan bernilai 250 juta baht (RM31 juta) dirampas dalam operasi bersama oleh Bahagian Polis Kereta Api (RPD), Bahagian Pencegahan Jenayah dan Bahagian Polis Lebuh Raya, lapor portal Bangkok Post.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebelum serbuan itu, pihak berkuasa menerima maklumat ba­hawa sejumlah besar dadah te­lah dipindahkan dari Laos ke Thailand oleh sekumpulan penyeludup yang berjaya membolosi pos kawalan keselamatan sempadan beberapa kali dengan membawa jumlah dadah yang le­bih kecil.

Dadah berkenaan kemudian di­kumpulkan dalam satu serahan untuk dibawa ke Bangkok sebelum dibawa ke Malaysia.

Bertindak atas laporan risikan, RPD telah menghantar pegawai berpakaian preman untuk menaiki kereta api terbabit yang menuju ke Sungai Kolok di selatan negara ini.

Pada 5 Februari lalu, pegawai berkenaan yang menaiki kereta api ekspres Bangkok-Sungai Kolok melihat empat penumpang lelaki yang mencurigakan dalam gerabak kereta api tersebut.

Keempat-empat suspek me­nye­dari kehadiran pihak polis dan cuba melarikan diri ketika kereta api itu berhenti di Ban Pong di wilayah Ratchaburi de­ngan me­ninggalkan lima bagasi dan empat guni berisi dadah dalam kereta api itu.ia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×