Pesara tentera dituduh kemukakan invois butiran palsu - Utusan Malaysia

Pesara tentera dituduh kemukakan invois butiran palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Feb. – Seorang pesara bekas tentera darat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan mengemukakan invois yang mengandungi butiran palsu berkaitan tuntutan kerja-kerja pembaikan empat unit senjata berjumlah RM36,440 kira-kira 10 tahun lalu.

MAHDZIR ABDUL HAMID
MAHDZIR ABDUL HAMID

Mahdzir Abdul Hamid, 58, didakwa memberi invois berserta set dokumen sokongan iaitu borang BAT M23 dan borang BAT M31 yang mengandungi butiran palsu berkaitan tuntutan kerja-kerja pembaikan bagi empat unit senjata Ge­neral Purpose Machine Gun (GPMG) 7.62mm kepada Mejar Majmi Mehat.

Dokumen tersebut didakwa milik pasukan 6 Worksyop 6 Briged berjumlah RM36,440 diberikan kepada penama itu sedangkan kerja-kerja pembaikan, tidak dibuat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Kementerian Pertahanan di sini pada 27 Mac 2008. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Ra­ya dari Suruhanjaya Pen­cegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nur Nabila Kamarudin mencadangkan jaminan RM40,000 dengan seorang penjamin namun Mahdzir yang tidak diwakili peguam pula merayu jaminan dikurangkan kerana dia menghidap kencing manis dan darah tinggi yang memerlukan rawatan berkala di sebuah hospital tentera.

“Saya memohon jaminan dikurangkan, tak cukup duit, 25 Februari ini saya bercadang akan pergi menunaikan ibadah umrah dan memerlukan wang untuk perbelanjaan lain,” katanya.

Hakim Mahyon Talib membenarkan tertuduh diikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin dan me­netapkan 21 Februari ini untuk sebutan semula kes.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×