Tapak buang sampah ditutup - Utusan Malaysia

Tapak buang sampah ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK 12 Feb. – Penduduk yang tinggal di sekitar Pasar Wakaf Zin, dekat sini, menarik nafas lega apabila rungutan mereka terhadap longgokan sampah dan bau busuk daripada sisa bahan buangan mengganggu keselesaan mereka mendapat perhatian pihak berkuasa tempatan (PBT).

Seorang penduduk, Karimah Abdul Hamid, 40, berkata, langkah Majlis Daerah Bachok (MDB) me­laksanakan kerja-kerja penutupan tapak pembuangan sampah berhampiran dengan pasar itu adalah satu pendekatan yang bijak.

Menurutnya, lokasi yang ber­dekatan dengan penempatan penduduk sebenarnya tidak sesuai dijadikan tempat melonggokkan sampah sarap yang turut menjadi tumpuan haiwan liar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Keadaan dan kualiti udara lebih segar sekarang berbanding sebelumnya apabila longgokan sampah dibersihkan pada awal tahun ini.

“Lokasi ini memang tidak sesuai dijadikan pusat pelupusan sampah secara terbuka kerana terlalu dekat dengan rumah penduduk,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Seorang lagi penduduk, Wan Mohamad Wan Abdullah, 38, berkata, penduduk turut lega dengan langkah itu yang mungkin dapat menyelesaikan masalah tikus dan lalat.

Katanya, masalah tersebut amat mengganggu kehidupan seharian penduduk kerana bau busuk serta mencemarkan keadaan sekitar.

“MDB juga perlu mengkaji semula kedudukan tong sampah agar diletakkan tidak terlalu dekat dengan premis atau kawasan perniagaan bagi mengelak suasana tidak selesa,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×