KUALA LUMPUR 12 Feb. – Jabatan Peguam Negara hari ini menafikan dakwaan kononnya jabatan itu bertindak mengikut arahan serta pengaruh pihak luar.
![]() |
|
|
Jabatan tersebut menerusi satu kenyataan memberitahu, sebarang tindakan yang diambil Peguam Negara selaku penasihat undang-undang kerajaan serta pegawai-pegawainya dibuat mengikut pertimbangan bebas, telus dan teliti berdasarkan lunas undang-undang.
“Jabatan Peguam Negara amat memandang serius akan sebarang kenyataan yang mempertikai integriti jabatan ini selaku institusi perundangan negara yang sentiasa mendukung prinsip Kedaulatan Undang-Undang dan bertekad menegakkan keadilan,” kata jabatan itu. – UTUSAN ONLINE
Memuatkan artikel berkaitan…












