PUTATAN 12 Feb. – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memperuntukkan sebanyak RM66 juta bagi membina rumah menerusi Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan membaik pulih rumah rakyat di seluruh negeri ini.
Video oleh FAUZI SUHAIMI
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 253 buah rumah PPRT dibina baharu manakala 3,259 buah rumah pula akan dibaik pulih yang melibatkan sebanyak 16,547 penghuni.
“Sepanjang tahun 2014 hingga 2017, sejumlah RM321.5 juta telah diperuntukkan bagi tujuan pembinaan menerusi program tersebut melibatkan 3,936 buah adalah bina baharu manakala 8,616 adalah baik pulih rumah.
“Peruntukan itu telah dimanfaatkan kepada seramai 43,080 rakyat Sabah yang memerlukan bantuan khususnya dalam memberi jaminan keselesaan tempat tinggal yang lebih baik dan sempurna,” katanya dalam majlis Penyerahkan Kunci unit PPRT di sini hari ini.
Yang turur hadir Ahli Perlimen Putatan, Datuk Dr. Marcus Mojigoh dan Ketua UMNO Bahagian Penampang, Senator Datuk John Ambrose. – UTUSAN ONLINE











