Terus desak RoS ambil tindakan terhadap PPBM - Utusan Malaysia

Terus desak RoS ambil tindakan terhadap PPBM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG 11 Feb. – Ahli-ahli akar umbi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) terus mendesak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk mengambil tindakan terhadap aduan dibuat ke atas parti itu yang dikemukakan sejak Oktober tahun lalu.

Sambil menyifatkan PPBM itu sebagai sebuah parti ‘koboi’, bekas penyelaras parti itu di Kluang, Arjuna Putra Ali mempersoalkan apa yang berlaku kepada lebih 400 aduan yang sudah dibuat sebelum ini.

“RoS mengapa sampai hari ini tiada tindakan, kenapa beri muka kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad… adakah kemungkinan ada yang makan dedak dan menjadi tali barut beliau ke.

“Apa lagi yang ditunggu RoS… jika didapati tidak betul atau melanggar peraturan RoS, bubarkan sahaja PPBM itu,” katanya kepada pemberita di Villa Casa Bianca, di sini sebentar tadi.

Beliau juga memberitahu, PPBM hanya sebuah parti yang ditubuhkan untuk sekumpulan orang yang gila kuasa dan menggunakan kedudukan untuk menggerakkan parti selain bermotifkan dendam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×