Sentuhan Keita kembali berbisa - Utusan Malaysia

Sentuhan Keita kembali berbisa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LEIPZIG, Jerman – Bintang RB Leipzig, Naby Keita kembali menemui prestasi terbaiknya apabila meledak satu gol ketika menang 2-0 ke atas Augsburg dalam aksi Bundesliga di Red Bull Arena Leipzig awal pagi semalam.

KEITA meledak satu gol menerusi sepakan percuma ketika RB Leipzig
KEITA meledak satu gol menerusi sepakan percuma ketika RB Leipzig menewaskan Augsburg 2-0 dalam aksi Bundesliga di Red Bull Arena Leipzig awal pagi semalam.

Keita yang akan menyertai Liverpool sebaik tamat saingan musim ini, menjaringkan gol menarik menerusi sepakan percuma pada minit ke-20 sekali gus memastikan kemenangan selesa buat Leipzig pada perlawanan tersebut.

Satu lagi gol Leipzig diperoleh menerusi percubaan Dayot Upamecano pada babak pertama permainan dan ia merupakan jaringan pertama pemain pertahanan itu bersama skuad senior.

Tonggak pertahanan Leipzig, Lukas Klostermann gembira dengan persembahan dipamerkan oleh rakan-rakan sepasukannya dalam memastikan tiga mata penuh berjaya diraih ke atas Augsburg.

“Kami bermain dengan sangat baik dari segi menyerang dan melakukan pertahanan sehingga menyukarkan pihak lawan mendapatkan peluang melakukan percubaan ke arah gawang gol kami pada perlawanan ini.

“Kemenangan ini menyemarakkan semangat semua pemain untuk terus mencatatkan keputusan positif pada perlawanan-perlawanan seterusnya,” kata Klostermann.

Skuad bimbingan Ralph Hasenhuttl itu kini naik ke tangga kedua Bundesliga dan kemungkinan jatuh semula ke tempat ketiga jika Bayer Leverkusen berjaya menewaskan Hertha Berlin. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×