Kerajaan BN terbaik buat masyarakat Cina - Utusan Malaysia

Kerajaan BN terbaik buat masyarakat Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA 10 Feb. – Kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah terbaik untuk masyarakat berbilang kaum termasuk masyarakat Cina yang menerima pelbagai bantuan dan inisiatif berterusan.

“Kalau di negara lain seperti Indonesia, nama pun guna nama Jawa malah di Thailand dan Vietnam semua rakyatnya kena bertutur dalam bahasa negara itu.

“Jadi, jangan kita fikir pembangkang lebih baik kerana kerajaan hari ini lebih baik untuk rakyat Malaysia dan masyarakat Cina perlu kembali memberikan sokongan penuh kepada BN dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina 2018 Parlimen Bera di Dewan Rakan Muda Bera di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×