Staf Perodua mati di Phuket - Utusan Malaysia

Staf Perodua mati di Phuket

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT – Hajat seorang anak muda menghabiskan masa empat hari dengan mandi pantai dan menikmati keenakan makanan di Phuket, Thailand tidak menjadi kenyataan apabila dia meninggal dunia di sebuah hospital di pusat pe­ranginan itu malam kelmarin.

Mohd. Nazmi Ahmad Zubaidi, 30, yang bekerja di Perodua Jerantut disahkan meninggal dunia pada pukul 10.55 malam di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Vachira akibat dijangkiti bakteria burkholderia pseudomallei.

Kematian Mohd. Nazmi disahkan oleh adiknya, Mohd. Nazrin, 29.

Menurut Mohd. Nazrin, abangnya yang masih bujang telah menaiki pe­nerbangan ke Phuket pada 24 Ja­nuari lalu menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala­ Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor untuk bercuti bersama tiga rakannya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×