Giant sokong produk PKS tempatan - Utusan Malaysia

Giant sokong produk PKS tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 9 Feb. – GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd. hari ini melancarkan hipermarket Giant Falim di sini yang julung kalinya menyaksikan rangkaian pasar raya itu menempatkan produk-produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan di ruangan khas dinamakan sebagai Citarasa Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Pierre-Olivier Deplanck berkata, ruangan khas tersebut membolehkan para pengguna mendapatkan produk seperti rempah-ratus, herba dan campuran sos tempatan dari seluruh negara.

“Kami juga amat komited dalam menyokong PKS tempatan di Perak. Pembekal sayur-sayuran kita termasuklah jenama seperti Agroto di Lembah Kinta, Global Green Farm di Jalong dan Ming Huat di Menglembu.

“Pembekal ikan tempatan kita pula dari Q-Yin Marine dari Hutan Melintang. Usaha sama menang-menang ini bukan sahaja membantu PKS tempatan memperkembang pasaran mereka, malah pengguna Giant turut dapat menikmati lebih banyak pilihan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Giant Falim merangkumi kawasan seluas 102,794 kaki persegi dengan menempatkan 50 ruang perniagaan di bawah satu bumbung di sini hari ini.

Majlis perasmian tersebut disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Dalam Negeri) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Basaruddin Sadali dan turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Amaxmall Sdn. Bhd., Datin Dr. Nik Sarina Hashim.

Giant Falim yang mula dibuka kepada orang ramai sejak seminggu lalu, menawarkan lebih 23,000 produk melibatkan 174 kategori, selari dengan slogan mereka iaitu ‘lebih banyak pilihan, lebih nilai’. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×