Rafizi dihukum penjara 30 bulan - Utusan Malaysia

Rafizi dihukum penjara 30 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Rafizi Ramli dijatuhi hukuman penjara 30 bulan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan mendedahkan maklumat perbankan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewa­ngan (Bafia) enam tahun lalu.

Hakim Zamri A. Bakar turut menjatuhkan hukuman yang sama terhadap bekas kerani sebuah bank, Johari Mohamad, 47, selepas tertuduh didapati bersalah atas pertuduhan bersubahat dengan Mohd. Rafizi, 41.

“Setelah membuat penilai­an maksimum terhadap kete­rangan saksi-saksi, mahkamah berpuas hati bahawa tertuduh pertama dan kedua gagal me­nimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

“Pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah,” kata­nya.

Hakim Zamri bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman ke atas kedua-dua tertuduh sementara menunggu proses rayuan dan mengekalkan kos ikat jamin masing-masing sebanyak RM15,000.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×