‘Tiada padang, tiada masalah’ buat Selangor - Utusan Malaysia

‘Tiada padang, tiada masalah’ buat Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Feb. – Selangor masih mengekalkan label ‘tiada padang, tiada masalah’ apabila menang selesa 4-1 ke atas Melaka United dalam perlawanan kedua Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras di sini sebentar tadi.

Keempat-empat jaringan skuad Red Giants disumbang oleh Rufino Segovia pada minit ke-9 dan ke-67, serta Syahmi Safari (m-54, m-90), manakala gol sagu hati Sang Kancil menerusi Tiago Gomes (m-31).

Kemenangan tersebut sekali gus meletakkan skuad yang dihimpit masalah ketiadaan gelanggang sendiri itu kekal menerajui Liga Super, mengatasi tempat kedua yang juga juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) biar pun masing-masing berkongsi enam mata.

Berikut merupakan keputusan perlawanan kedua Liga Super yang berlangsung hari ini.- UTUSAN ONLINE

Kedah 1 Perak 3

Negeri Sembilan 2 Kuala Lumpur 0

PKNS FC 1 Pahang 0

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×