Mayat lelaki ditemukan di dalam longkang di Perlis - Utusan Malaysia

Mayat lelaki ditemukan di dalam longkang di Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 6 Feb. – Mayat seorang lelaki berusia 30-an tanpa berpakaian lengkap ditemukan terapung di dalam sebatang longkang di Jalan Kangar-Alor Setar di sini hari ini.

Mayat mangsa tanpa identiti itu ditemukan oleh pekerja sebuah kedai tom yam semasa baru hendak memulakan perniagaan kira-kira pukul 5 petang sebelum menghubungi polis.

Polis kemudian terpaksa memanggil pihak bomba untuk membantu mengeluarkan mangsa disebabkan keadaan longkang yang agak luas.

Hasil pemeriksaan awal tiada sebarang dokumen atau pun barangan milik mangsa ditemukan di kawasan itu.

Ketua Polis daerah, Superintenden Wari Kiew ketika ditemui di lokasi kejadian mengesahkan penemuan itu.

“Kita telah menghantar mayat ke hospital untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian dan sama ada jika terdapat kesan kecederaan.

“Hasil pemeriksaan awal tiada laporan kehilangan mana-mana individu dalam sehari dua ini yang boleh dikaitkan dengan mayat ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×