Sharifah Shahira buat ‘comeback’ di Suria FM - Utusan Malaysia

Sharifah Shahira buat ‘comeback’ di Suria FM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 6 Feb. – Pelakon dan pengacara Sharifah Shahira kembali bergelar penyampai radio di stesen Suria FM bermula semalam. 


Sharifah Shahira atau lebih dikenali sebagai Shiera sebelum ini pernah mengikat kontrak selama setahun dengan stesen radio tersebut pada 2010. 


“Apabila diberi kepercayaan sekali lagi oleh pihak Suria FM, saya fikir kenapa tidak? Tambahan pula saya bekerja dalam industri hiburan.

“Jadi apabila saya berpeluang kembali dalam bidang penyiaran radio, sekaligus dapat juga saya lebih mengenali penyanyi-penyanyi baharu masa kini,” ujarnya ketika ditemui dalam majlis sidang akhbar pengumumannya sebagai penyampai baharu Suria FM di sini hari ini. 


Shiera digandingan bersama-sama Zulin Aziz dan Fizi Ali untuk segmen Suria Pagi setiap Isnin hingga Jumaat bermula pukul 6 pagi sehingga 10 pagi. 


Pengurus Program Suria, Roslinda Abd. Majid atau DJ Lin berkata, kelebihan Shiera yang sudah berpengalaman menjadi faktor utama pemilihannya. 


“Shiera bukanlah nama baharu dalam industri seni dan dia juga pernah bekerja di Suria FM. Dia juga mempunyai aura yang sangat kuat serta pengalamannya sebagai penyampai bukan sedikit. 


“Kami yakin dan percaya gabungan mereka bertiga akan memeriahkan lagi slot siaran waktu pagi Suria FM,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×