Projek RTB Sungai Langat bukan punca banjir - Utusan Malaysia

Projek RTB Sungai Langat bukan punca banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Feb. – Kerajaan menyangkal dakwaan pihak tertentu bahawa kejadian banjir yang berlaku di Kajang, Beranang dan Sungai Sekamat di Selangor bukan disebabkan projek Rancangan Tebatan (RTB) Sungai Langat yang dihentikan sejak dua tahun lalu.

Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, terdapat beberapa penduduk di kawasan-kawasan berkenaan yang membina pembetung berhampiran sungai tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Menurut beliau, kawasan itu juga sebenarnya tidak terlibat dalam pelaksanaan projek RTB Sungai Langat dan hanya meliputi kawasan Sepang dan Dengkil serta di Kuala Sungai Langat iaitu di hilir Lembangan Sungai Langat.

“Sebanyak lima buah rumah penduduk telah dibina di atas tanah persendirian yang terletak di sepanjang Sungai Sompo tanpa mendapat sebarang kebenaran daripada pihak berkuasa menyebabkan air sungai mengalir semula sehingga menyebabkan berlaku kejadian banjir.

“Justeru, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah melakukan kerja-kerja pengorekan ke atas Sungai Sompo sebanyak dua kali setahun dan notis akan dikeluarkan kepada penduduk berkenaan supaya pembetung tersebut ditutup bagi mengelakkan air sungai memasuki semula ke kawasan rumah penduduk,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×