3 beranak, pemandu lori maut - Utusan Malaysia

3 beranak, pemandu lori maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK 8 Julai – Tiga beranak antara empat maut setelah kereta dinaiki bertembung dengan sebuah lori muatan balak di Kilometer 59, Lebuh Raya Timur Barat, Gerik-Jeli di sini hari ini. 
Nahas pada pukul 4.30 petang itu mengorbankan Mohd. Nizam Suhaidin, 34, dan isteri, Noor Hafizah Ismail, 34, serta anak mereka, Muhammad Afiq berusia enam tahun.

Turut terkorban dalam kejadian tersebut pemandu lori terbabit, Redzuan Abd. Ghani, 59, manakala bayi pasangan ber­kenaan, Nur Hanania Maisarah berusia dua tahun parah.

Ketua Polis daerah, Superintenden Ismail Che Isa berkata, kemalangan itu melibatkan lori muatan balak dengan Proton Saga BLM yang dipandu Mohd. Nizam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, ketika kejadian empat sekeluarga itu dalam perjalanan dari arah Gerik ke Jeli manakala lori dipandu Redzuan pula dari arah bertentangan.

“Apabila tiba di tempat kejadian di laluan berselekoh, lori terbabit dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum berpusing lalu masuk ke laluan bertentangan.

“Kedua-dua kenderaan tersebut bertembung sehingga menyebabkan kesemua mangsa ce­dera parah dan empat daripada mereka kemudiannya disahkan meninggal dunia,” katanya di sini.

Menurut Ismail, mayat keempat-empat mangsa dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga ma­sing-masing manakala bayi yang parah turut dirawat di hospital sama.

Katanya, kes disiasat di bawah Sek­syen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×