PUTRAJAYA 6 Julai – Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan bertulis atau lisan kepada sekolah-sekolah khususnya di Kelantan untuk memberikan sumbangan Tabung Harapan Malaysia (THM) seperti tular di media sosial.
![]() |
|
Dr. Maszlee Malik
|
Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan menjelaskan, hasil siasatan mendapati, ia merupakan inisiatif Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan untuk melaksanakan kempen kutipan tabung di semua sekolah dalam negeri itu.
“Yang Berhormat Menteri Pendidikan tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan lisan mahu pun bertulis kepada sekolah-sekolah untuk melaksanakan kutipan THM.
“Walau bagaimanapun, pelancaran kutipan tabung berkenaan telah dibatalkan oleh JPN Kelantan,” kata kenyataan itu di sini hari ini.
Pada masa sama, kenyataan menambah, sejak THM dilancarkan bermula awal Jun lalu, sebanyak RM140 juta berjaya dikumpul menerusi hasil sumbangan seluruh rakyat Malaysia. – UTUSAN ONLINE












