Saya bukan pembohong, maaf jika rasa ditipu - Haqiem Rusli - Utusan Malaysia

Saya bukan pembohong, maaf jika rasa ditipu – Haqiem Rusli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Julai – Penyanyi Haqiem Rusli, 20, menegaskan dia tidak berniat untuk berbohong berhubung masalah depresi yang dialaminya meskipun mengakui belum mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor.

Sebaliknya, Haqiem akui berhadapan dengan tekanan dan bebanan kerja yang membuatkannya keliru sama ada benar atau tidak dia mengalami masalah tersebut.

“Ini bukanlah satu gimik untuk melariskan karya terkini saya berjudul Selamat Tinggal Sayang. Cuma secara kebetulan, permasalahan ini timbul pada masa yang sama lagu ini dikeluarkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya dan syarikat rakaman tidak merancang semua ini,” katanya kepada Utusan Online.

Haqiem juga meminta maaf kepada semua pihak yang rasa tertipu dan mengakui telah melakukan kesilapan besar membuat kenyataan secara terbuka tanpa merujuk pakar terlebih dahulu.

Tambahnya, dia akan menjalani rawatan psikiatri dalam masa terdekat untuk mengenal pasti keadaan dialaminya.

Malah penyanyi lagu Segalanya itu juga memohon agar peminatnya tidak lagi lantang menghentam media dan artis-artis lain yang melahirkan rasa ketidakpuasan hati terhadap tindakannya.

“Saya anggap ini satu kifarah terhadap kekhilafan yang telah dilakukan. Saya terima ini sebagai satu balasan,” ujarnya sambi mengakui menyesali perbuatannya itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN