Bayi dalam beg kertas dirawat di hospital - Utusan Malaysia

Bayi dalam beg kertas dirawat di hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Bayi perempuan yang ditemukan dalam beg kertas di hadapan sebuah rumah pangsa di Jalan Hospital di sini semalam, kini ditempatkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) buat sementara sehingga keadaannya sihat.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan  Sahsiah, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat negeri, Wong May Ing berkata, bayi itu perlu menjalani rawatan susulan termasuk pemeriksaan HIV.

“Bayi itu masih perlu ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan susulan kerana semasa dihantar ke hospital dia mengalami masalah pernafasan, namun keadaannya kini baik dan stabil,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat akan melakukan proses pendaftaran sijil kelahiran bayi berkenaan apabila keadaannya baik.

“Kita belum putuskan sama ada menyerahkan bayi berkenaan di bawah jagaan keluarga angkat atau ditempatkan di pusat jagaan kanak-kanak,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN