Siasatan isu perkahwinan budak 11 tahun selesai - Utusan Malaysia

Siasatan isu perkahwinan budak 11 tahun selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Siasatan kes seorang lelaki 41 tahun menikahi seorang budak perempuan berusia 11 tahun di Sungai Golok, Selatan Thailand pada 18 Jun lepas sudah selesai, kata Ketua Pendakwa Syarie Kelantan, Zaini Sulaiman.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan tersebut daripada pihak berkuasa berkaitan semalam dan akan menelitinya sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.

“Berdasarkan siasatan awal, kanak-kanak itu bukan menjadi mangsa keganasan seksual dan perkahwinan pasangan ini juga tidak dibekalkan sijil nikah oleh Majlis Agama Islam Narathiwat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Saya perlu teliti terlebih dahulu laporan tersebut sebelum pendakwaan dilakukan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Aidilfitri di Balai Islam Lundang di sini hari ini.

Katanya, pihaknya perlu mengambil kira pandangan syarak selain perundangan negara ini berkaitan kes berkenaan. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN