MAIPs terus komited bantu 1,613 ibu tunggal di Perlis - Utusan Malaysia

MAIPs terus komited bantu 1,613 ibu tunggal di Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) terus komited membantu ibu tunggal di negeri ini dengan pemberian bantuan sara hidup sebanyak RM200 secara konsisten setiap bulan.

 

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd. Nazim Mohd. Nor berkata, 1,613 ibu tunggal itu merangkumi 4,838 penerima bantuan zakat di Perlis.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka turut menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis kira-kira RM130 hingga RM150 setiap bulan.

“Selain itu, kami turut memberikan bantuan lain secara kritikal seperti program peningkatan ekonomi asnaf, skim bantuan perubatan MAIPs dan bantuan sara hidup berkala.

“Malah, sekiranya mereka menghadapi masalah kewangan seperti anak ingin melanjutkan pelajaran, bil utiliti dipotong atau ingin menambah sumber pendapatan melalui berniaga, kami akan memberikan bantuan modal, khidmat nasihat dan kursus secara intensif,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau ditemui pada Majlis Raikan Syawal dan Pelancaran Program Kolaborasi Akademi Transformasi Asnaf MAIPs di sini hari ini.

Turut berkenan berangkat hadir, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN