Peneroka desak hapuskan Akta Penempatan Berkelompok (1956) - Utusan Malaysia

Peneroka desak hapuskan Akta Penempatan Berkelompok (1956)

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Julai – Persatuan Kebangsaan Pekebun-pekebun Kecil Malaysia (PKPKM) mendesak kerajaan menghapuskan Akta Penempatan Berkelompok (1956) yang disifatkan lapuk dan tidak lagi relevan terutama kepada para peneroka tanah kerajaan di seluruh negara.

Presiden PKPKM. Datuk Aliasak Ambia berkata, hasil mesyuarat bersama hampir 200 ahli yang mewakili bahagian masing-masing pada hari ini, kesemuanya mendesak supaya akta tersebut dimansuhkan segera bagi membolehkan peneroka tidak terikat dengan pelbagai peraturan yang banyak menyekat kebebasan mereka.

“Ini termasuklah peneroka tidak bebas bagi menentukan corak pembangunan dan kemajuan di atas tanah mereka sendiri selepas 25 tahun terikat dengan pihak kemajuan tanah terutamanya di Felda dan Felcra.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Walaupun telah mempunyai geran tanah tetapi disebabkan akta tersebut, mereka masih tertakluk kepada pelbagai peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak agensi kemajuan tanah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Program Perjumpaan Peneroka Felda dan Peserta Felcra bersama pemimpin tertinggi PKPKM di Hotel Sani, di sini hari ini.

Yang turut hadir Setiausaha Agung PKPKM, Adzmi Hassan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN