[VIDEO] Dua mayat dalam bagasi ditemukan - Utusan Malaysia

[VIDEO] Dua mayat dalam bagasi ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Julai – Dua mayat dalam bagasi ditemukan berhampiran tebing sungai di Jalan Ipoh, di sini kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

Difahamkan, kedua-dua bagasi berisi dua mayat tanpa identiti itu ditemukan oleh seorang lelaki yang terlihat kaki terkeluar daripada satu bagasi terbabit.’

Turut ditemukan sebuah lagi bagasi yang mengandungi pakaian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pihak polis dan bomba masih di lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Dang Wangi, Deputi Superintenden M. Gunalan ketika dihubungi mengesahkan penemuan itu.

Beliau berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Maklumat lanjut akan menyusul. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN