Jho Low lari ke Macau - Utusan Malaysia

Jho Low lari ke Macau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 5 Julai – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapat maklumat bahawa ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low telah melarikan diri ke Macau.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, maklumat berkenaan diperoleh menerusi sepasukan pegawai polis yang dihantar menjejaki Jho Low di Hong Kong.

“Maklumat terbaharu yang polis dapat ialah Jho Low berada di Macau. Ini maklumat yang diterima sepasukan polis yang dihantar ke Hong Kong untuk menjejaki beliau,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mohamad Fuzi berkata demikian selepas Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang dihadiri Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di bangunan kementerian berkenaan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN