Pembaharuan RTM selari dengan keperluan semasa - Eddin Syazlee - Utusan Malaysia

Pembaharuan RTM selari dengan keperluan semasa – Eddin Syazlee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pembaharuan yang bakal dilaksanakan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan mengikut keperluan semasa terutamanya dalam menghadapi cabaran era digital baharu, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith.

Beliau menegaskan, pembaharuan yang bakal dilaksanakan itu tidak akan menjejaskan misi dan visi RTM sebagai platform menyebarkan maklumat dan berita kepada masyarakat. 

“Saya percaya RTM mempunyai misi dan visi yang jelas dan berterusan. Kementerian akan meneruskan misi dan visi sama seperti kerajaan dahulu dengan membuat beberapa penyesuaian mengikut keperluan semasa. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tak nampak perkara yang berbeza (dengan kepimpinan dahulu) melainkan penambahbaikan termasuk penggabungan RTM dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama)… walaupun perkara ini masih dalam peringkat kajian, saya yakin ini untuk kebaikan kepada rakyat yang merupakan golongan sasar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat dan perjumpaan bersama pengurusan RTM di Angkasapuri hari ini.

Beliau berkata, beberapa pembaharuan lain yang tergendala termasuk isu era digital juga akan diberi perhatian. 

“Banyak perkara mungkin sebelum ini tergendala dan ini yang diusulkan kepada kementerian dan RTM. Kkita akan teliti formula yang sedang difikirkan untuk melakukan pembaharuan,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN