Jamal dijangka tiba di KLIA pukul 2 petang - Utusan Malaysia

Jamal dijangka tiba di KLIA pukul 2 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM – Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md.Yunos yang ditahan Polis Negara Republik Indonesia (POLRI) Isnin lalu dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 2.15 petang ini.

Peguam kepada Jamal, Datuk Mohd. Imran Tamrin dalam kenyataannya berkata, Jamal berlepas dari Jakarta dengan pesawat MH170 pada pukul 11 pagi waktu Indonesia hari ini.

Beliau berkata, pihaknya telah melantik peguam di Indonesia, Adherie Zulfikri bagi menguruskan penahanan Jamal ekoranbidang kuasa dan sistem perundangan yang berlainan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pagi ini saya telah dimaklumkan oleh Adhrie bahawa proses penyerahan Jamal antara POLRI kepada PDRM akan dibuat pagi ini. 

“Saya juga dimaklumkan bahawa Jamal dijangka akan berlepas daripada Jakarta ke Kuala Lumpur pada pukul 11 pagi waktu Indonesia hari ini dengan pesawat MH710,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Isnin lalu, POLRI dilaporkan menahan Jamal pada pukul 6.15 petang di Jakarta.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan memberitahu, pihak Polis Diraja Malaysia sudahpun dihubungi untuk menyelaras urusan penghantaran pulang Jamal. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN