Najib mengaku tidak bersalah - Utusan Malaysia

Najib mengaku tidak bersalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini semalam atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu salah guna kuasa membabitkan dana SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta tujuh tahun lalu.

Najib, 65, membuat pe­ngakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Datuk Mohd. Sofian Abd. Razak.

Terdahulu sebelum dibawa ke Mahkamah Tinggi, Najib telah pun didakwa di Mahkamah Sesyen di hadapan Datuk Zainal Abidin Kamarudin untuk didakwa namun tiada pengakuan direkodkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kes berprofil tinggi itu menarik perhatian dunia apabila dalam kalangan enam bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib adalah yang pertama menghadapi dakwaan jenayah.

Mengikut pertuduhan pertama, Najib sebagai pegawai badan awam iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan menggunakan jawatan untuk suapan berjumlah RM42 juta apabila mengambil bahagian bagi memberikan jaminan kerajaan untuk pinjaman berjumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan kepada SRC International Sdn. Bhd..

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN