SAUDARA PENGARANG,
BARU-BARU ini semasa musim cuti Aidilfitri, saya berkesempatan berjalan-jalan sekitar daerah Seri Manjung, Perak dan juga di sebuah pusat perniagaan terkenal dalam kalangan pelancong di Alor Gajah, Melaka.
KEHADIRAN lalat yang terlalu banyak menggambarkan persekitaran tidak bersih serta boleh menjejaskan imej sesuatu kawasan dan juga penduduk setempat. GAMBAR HIASAN
Saya dapati di kedua-dua tempat ini, masalah yang amat ketara ialah kehadiran ribuan lalat yang amat merimaskan dan ini mencacatkan dari segi imej kebersihan tempat tumpuan pelancong.
Diharap pihak-pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah pembiakan lalat ini sebelum imej kawasan tersebut dan juga imej negara terjejas.
PENCINTA TANAH AIR
Shah Alam. Selangor











