Pengasuh perlu ikuti kursus, peroleh tauliah - Utusan Malaysia

Pengasuh perlu ikuti kursus, peroleh tauliah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Julai – Kementerian Pembangunan Luar Bandar mencadangkan agar satu garis panduan atau usaha untuk memperketatkan undang-undang berkaitan tempat asuhan kanak-kanak (Taska) diwujudkan.

RINA MOHD. HARUN
RINA

Menterinya, Rina Mohd. Harun berkata, para pengasuh juga perlu diwajibkan mengikuti kursus latihan dan diberikan tauliah oleh kerajaan bagi mengesahkan kelayakan mereka.

Beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini menyifatkan bahawa, berita penemuan mayat bayi lelaki, Adam Rayqal Mohd. Sufi di dalam peti ais di rumah pengasuhnya di Kampung Nakhoda, Batu Caves dekat sini semalam sebagai sesuatu yang memilukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya berharap agar ini menjadi kes terakhir di negara kita. Takziah diucapkan kepada ibu bapa mangsa.

“Kanak-kanak adalah pemimpin generasi pada masa depan. Semua golongan masyarakat mempunyai tanggungjawab memelihara hak, keselamatan, prihatin, menghormati kesejahteraan dan kebajikan mereka,” katanya.

Dua suspek kes berkenaan telah direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, permohonan reman dibuat terhadap tertuduh di Mahkamah Selayang, dekat sini pagi tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN