Apa tujuan Putra Amaris himpit Dr. Vida? - Utusan Malaysia

Apa tujuan Putra Amaris himpit Dr. Vida?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Julai – Kemunculan Putra Amaris, 32, yang dikatakan cuba ‘menghimpit’ Datuk Seri Dr. Vida menerusi beberapa entri di laman sosial miliknya selepas usahawan kosmetik tersebut memecat pembantu peribadinya mula menjadi perbualan hangat netizen.

Amaris atau nama sebenarnya Muhammad Amran Ismail ketika dihubungi Utusan Online menjelaskan keakrabannya dengan Dr. Vida atau Hasmiza Othman, 47, adalah atas dasar kerja dan menafikan tiada sebarang niat tersembunyi seperti didakwa oleh sesetengah pihak.

“Kebelakangan ini saya memang baik dengan Dr. Vida kerana urusan kerja. Sebenarnya, saya ada perancangan untuk menjalin kerjasama dengannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kebetulan, sekarang ini saya ada sedikit masa yang terluang untuk mendekati dan bekerja dengannya, sekali gus mempelajari selok-belok dunia perniagaan,” katanya kepada Utusan Online ketika dihubungi hari ini.

Tambah Amaris, dia membantu Dr. Vida dari sudut pemasaran dan kerja rencam lain bagi melancarkan kerja-kerja berkait rapat dengan produk keluaran Vida Beauty Sdn. Bhd., itu.

Pada masa yang sama, Amaris menegaskan hubungan baiknya dengan wanita berkenaan tidak ada kena mengena dengan pemecatan pembantu peribadi pengasas produk Pamoga itu, Ahmad Iqbal Zulkefli.

“Perkenalan saya dan Dr. Vida bukanlah baharu, tetapi sudah hampir lima tahun. Namun ketika itu saya tiada kesempatan untuk bekerjasama dengannya kerana masing-masing sibuk,” jelasnya.

Amaris juga enggan mengulas lanjut mengenai pemecatan Ahmad Iqbal pada 1 Jun lalu memandangkan perlu menjaga hati banyak pihak.

“Saya tak mahu komen apa-apa berhubung pemecatan Iqbal kerana enggan melukai hati mana-mana pihak,” ujarnya ringkas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN