Pertuduhan terhadap Najib hasil siasatan penuh SPRM - Mohamad Fuzi - Utusan Malaysia

Pertuduhan terhadap Najib hasil siasatan penuh SPRM – Mohamad Fuzi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Empat pertuduhan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini adalah hasil siasatan yang dilakukan sepenuhnya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perkara itu dijelaskan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Aidilfitri di Ibu Pejabat Polis Daerah  Cheras di sini hari ini.

Menurutnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus bekerjasama dengan jabatan-jabatan yang ditetapkan bagi membantu siasatan melibatkan bekas Presiden UMNO itu  berhubung skandal 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

Memuatkan artikel berkaitan…

“PDRM akan melakukan siasatan secara dalaman dan perlu patuhi segala peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

“Kes Najib bergantung pada siasatan dan kita tidak boleh serbu secara sebarangan,” katanya. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN