MB Negeri Sembilan puji pihak berkuasa tidak tahan Najib terlalu lama  - Utusan Malaysia

MB Negeri Sembilan puji pihak berkuasa tidak tahan Najib terlalu lama 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun memuji pihak berkuasa kerana tidak mengambil masa yang lama untuk mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di mahkamah. 

Kata beliau, Najib telah mendapat keadilan yang sewajarnya apabila dihadapkan ke mahkamah hanya dalam tempoh sehari selepas beliau ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kita lihat semalam (Najib) ditahan dan hari ini didakwa (di mahkamah). Ini satu keadilan yang baik. Ia bermakna kerajaan telah bersedia dengan fakta untuk dia ditahan. Saya rasa ini tindakan yang betul dan tepat. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kadang-kala kita lihat ada individu ditahan terlalu lama (sebelum didakwa). Ini tidak beri keadilan kepada yang ditahan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini. 

Dalam pada itu, Aminuddin mengakui pendakwaan di mahkamah tidak bermaksud seseorang yang dituduh bersalah kerana hanya mahkamah akan menentukan sama ada tertuduh bersalah atau sebaliknya. 

Kata beliau, bagaimanapun rakyat faham tentang keadaan yang sedang dialami oleh Najib kerana kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah menjadi bebanan kepada mereka. . 

Dalam pada itu, katanya, pendakwaan keatas Najib di mahkamah sekali gus menyangkal dakwaan kononnya tiada tindakan oleh kerajaan Pakatan Harapan berhubung isu 1MDB.

“Hari ini kerajaan telah membuktikan dengan membawa mereka ke muka keadilan. Dalam perjalanan mahkamah ini, rakyat akan tahu apa yang berlaku dalam 1MDB. 

“Kalau tidak semua orang kata (isu 1MDB) cuma `cakap-dengar’. Ini yang rakyat tunggu. Jadi biarlah ia berjalan dengan adil,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN