Riza Aziz hadir sekali lagi ke SPRM - Utusan Malaysia

Riza Aziz hadir sekali lagi ke SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA –  Anak tiri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Riza Aziz sekali lagi memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Beliau yang tiba di Ibu Pejabat SPRM pada pukul 3.05 petang kemudian dilihat masuk ke pejabat suruhanjaya itu dengan ditemani peguamnya, Datuk M. Kumaraendran.

Semalam, Riza, 48, memberikan keterangan selama sembilan jam kepada SPRM untuk membantu siasatan skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Memuatkan artikel berkaitan…

Riza yang juga pengasas bersama syarikat pembikinan filem, Red Granite Pictures itu pernah dikaitkan kes 1MDB kerana didakwa menggunakan wang milik syarikat itu untuk menerbitkan sebuah filem.

Sejak Mei lalu SPRM mula memanggil beberapa individu bagi melengkapkan siasatan berkaitan syarikat pelaburan strategik kerajaan itu termasuk bekas Perdana Menteri dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib yang dipanggil memberi keterangan pada 22 dan 24 Mei lalu hadir di ibu pejabat SPRM untuk memberi keterangan berhubung kes berkenaan manakala Rosmah pula pada 5 Julai.

Bagaimanapun dalam prosiding pendakwaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Najib mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah berkaitan kes SRC International Sdn. Bhd. dan satu pertuduhan menyalahgunakan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu membabitkan RM42 juta.

Sebelum ini, Pasukan Petugas Khas 1MDB membekukan lebih 900 akaun termasuk akaun UMNO negeri dan pusat bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan berhubung dakwaan bahawa akaun-akaun berkenaan menerima dana daripada 1MDB. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN