Pembinaan SM Imtiaz Marang belum dapat dilakukan - Utusan Malaysia

Pembinaan SM Imtiaz Marang belum dapat dilakukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 4 Julai – Pembinaan  bangunan Sekolah Menengah (SM)  Imtiaz Marang di Kampung Padang Muchong yang menelan kos dianggarkan RM60 juta masih ditangguhkan ekoran kekangan kewangan yang dihadapi kerajaan negeri. 

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr. Mamad Puteh berkata,  justeru sekolah itu akan terus beroperasi di bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Tapai untuk satu jangka masa yang belum dapat ditentukan.

“Memang kita mengutamakan pendidikan tetapi kewangan tidak mengizinkan. Jadi untuk penyelesaian jangka pendek kelak (untuk menampung  pertambahan pelajar) mereka akan tempatkan  di SM Imtiaz lain,” katanya. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau menyatakan demikian ketika menjawab soal lisan (tambahan) yang dikemukakan oleh penyokong kerajaan, Sulaiman Sulong (Pas-Pengkalan Berangan) dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

SM Imtiaz Marang (salah satu rangkaian SM Imtiaz seluruh negeri kelolaan Yayasan Terengganu) beroperasi di bangunan sementara di SMK Wakaf Tapai mulai awal tahun lalu manakala asrama pelajar pula menggunakan kuarters guru.

 Menurut Dr. Mamad, sekolah berkenaan bakal berdepan masalah kekurangan ruang belajar menjelang tahun 2020 kerana kapasiti  banguan sedia adan hanya terhad kepada 300 orang dan tidak mampu menampung jumlah pelajar yang bertambah saban tahun. 

Katanya, ketika ini SM Imtiaz Marang mempunyai seramai 113 pelajar tingkatan satu dan dua manakala dijangka 100 lagi pelajar baharu akan masuk tahun depan. Kita akan menghadapi masalah pada tahun 2020 kerana ruang belajar tidak lagi cukup. 

“Jadi sementara ini kita buat begitu dulu dan mungkin mengambil tindakan lain apabila mengizinkan pada tahun depan atau dua tahun lagi,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN