Ayu dan keluarga pulang ke Thailand - Utusan Malaysia

Ayu dan keluarga pulang ke Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG 4 Julai – Kanak-kanak 11 tahun dikenali sebagai Ayu yang mencetuskan kontroversi selepas berkahwin dengan seorang peraih getah berusia 41 tahun telah pulang kampung halaman di selatan Thailand bersama keluarganya hari ini.

Tinjauan di rumah keluarga Ayu di Kampung Panggong Lalat di sini mendapati rumah mereka berkunci dan tiada penghuni dan usaha wartawan untuk menemui mereka tidak berhasil.

Menurut ibu kanak-kanak itu, Aminah Hitam, 47, mereka pulang sementara waktu ke Pattani untuk memperbaharui dokumen perjalanan dan belum merancang untuk kembali ke Kelantan dalam masa terdekat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami dalam perjalanan nak memasuki Sungai Golok. Ayu dan bapanya juga ada bersama,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Beberapa hari lalu, kisah pernikahan Ayu dengan suami berusia 41 tahun tular di media sosial selepas isteri kedua lelaki berkenaan meluahkan kekesalan terpaksa bermadu dengan kanak-kanak sebaya anaknya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN