Pengasuh Adam Rayqal mungkin mengalami kemurungan - Jiran - Utusan Malaysia

Pengasuh Adam Rayqal mungkin mengalami kemurungan – Jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Julai – Pengasuh kepada bayi lelaki Adam Rayqal Mohd. Sufi Naeif didakwa mengalami kemurungan namun tahap keseriusan penyakitnya tidak dapat dipastikan.

Jiran suspek, Asrul Hamizam berkata, pengasuh terbabit didakwa seorang ibu tunggal dan mempunyai seorang anak.

Ujar Asrul, selain mengasuh suspek juga didakwa menjalankan perniagaan makanan dalam talian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek merupakan penduduk setempat dan difahamkan keluarganya tinggal di Sungai Tua, dekat sini dan suspek juga pernah membeli burger di gerai saya beberapa kali.

“Suspek sangat peramah, tidak sangka dia tergamak lakukan perkara ini mungkin ketika kejadian dia berada dalam keadaan penat dan hilang pertimbangan apa yang dilakukannya,” katanya ketika ditemui hari ini.

Semalam, polis menemukan mayat bayi lelaki Adam Rayqal Mohd. Sufi Naeif yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas didakwa diambil seorang lelaki di rumah pengasuhnya di Jalan Nahkoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves dekat sini malam tadi.

Mayat Adam Rayqal yang berusia lima bulan itu ditemukan dalam keadaan lengkap berpakaian dan berbalut kain napkin serta dimasukkan ke dalam beg berwarna hijau dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu di rumah berkenaan.

Susulan itu, polis menahan pengasuh berusia 33 tahun dan rakan serumahnya yang berusia 36 tahun di rumah sewa mereka semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN