Najib didakwa berhubung kes SRC - Utusan Malaysia

Najib didakwa berhubung kes SRC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditangkap semalam dan akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur hari ini berhubung kes anak syarikat 1Malaysia Development Bhd. (1MDB), SRC International Sdn. Bhd.

Pasukan Petugas Khas 1MDB turut mengesahkan Najib ditangkap di kediamannya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur pada pukul 2.35 petang.

“Najib akan dihadapkan di mahkamah dan didakwa pada pukul 8.30 pagi (hari ini) di Mahkamah Kuala Lumpur,” kata satu kenya­taan akhbar pasukan petugas khas itu di sini semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pasukan pe­tugas itu dianggotai oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; bekas Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed; Ke­tua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull dan Pe­ngarah Cawa­ngan Khas Bukit, Datuk Abdul ­Hamid Bador.

Kosmo! difahamkan, Najib, 65, yang merupakan bekas Menteri Kewangan dan Pre­siden UMNO tiba di Ibu Pejabat SPRM di sini pada kira-kira pukul 4 petang semalam dan bermalam di dalam lokap agensi an­tira­suah itu .

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN