SAINT PETERSBURG 3 Julai – Jaringan Emil Forsberg membawa Sweden melangkah ke suku akhir Piala Dunia buat kali pertama dalam tempoh 24 tahun selepas menumpaskan Switzerland 1-0, sebentar tadi.
Tidak banyak percubaan dilakukan kedua-dua pasukan dalam aksi di Stadium Saint Petersburg, namun jaringan Forsberg pada minit ke-66 yang melantun terkena kaki pemain Switzerland, Manuel Akanji berjaya menewaskan penjaga gol, Yann Sommer.
Sweden kini akan bertemu pemenang antara England atau Colombia yang bakal berentap hari ini (pukul 2 pagi ini waktu Malaysia). – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…
JADUAL SUKU AKHIR
JUMAAT
Uruguay lwn Perancis – 10 malam
SABTU
Brazil v Belgium – 2 pagi
Rusia lwn Croatia – 10 malam
AHAD
Sweden lwn Colombia/England – 2 pagi
*Waktu Malaysia











