Jamal Yunos ditahan di Indonesia - Utusan Malaysia

Jamal Yunos ditahan di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos yang diburu polis lebih sebulan lalu ditahan oleh Polis Negara Republik Indonesia (POLRI) pada pukul 6.15 petang (waktu tempatan) semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin  dalam satu kenyataan berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dihubungi untuk menyelaras urusan membawa pulang Jamal ke negara ini.

“Saya ingin mengucapkan te­rima kasih kepada pemerintah republik Indonesia khususnya POLRI atas bantuan mereka,” katanya.

Sebuah portal berita Indonesia, Detik.com, melaporkan Jamal ditangkap di Tebet, Jakarta Selatan.

Perkara itu disahkan Setia­usaha Biro Pusat Nasional Interpol (NCB), Napoleon Bonaparte ketika dihubungi portal terbabit.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN