Lelaki tikam budak 59 kali didakwa - Utusan Malaysia

Lelaki tikam budak 59 kali didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan membunuh anak saudara pe­rempuannya berusia tiga tahun yang mayatnya ditemui mati dengan kesan 59 tikaman dipercayai menggunakan gunting dua minggu lalu.

Bagaimanapun, tiada pe­ngakuan direkodkan daripada tertuduh, Goh Jie Keat, 22, selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang merupakan peng­anggur itu didakwa membunuh Serena Yip Pei Yee antara pukul 7 malam hingga 8 malam pada 18 Jun lalu di sebuah rumah di Jalan Kuang Gunung 4, Taman Kepong, di sini.

ADS:M
Memuatkan artikel berkaitan…

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mandatori gantung sampai mati.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN