Zahid beri keterangan lapan jam - Utusan Malaysia

Zahid beri keterangan lapan jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM) mengambil masa kira-kira lapan jam untuk merekodkan keterangan daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di ibu pejabat suruhanjaya itu di sini semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, pegawai penyiasat kes tersebut mengambil keterangannya bermula pukul 10 pagi hingga 5.30 petang untuk melengkapkan siasatan pasukan itu.

“Saya baru selesai memberi keterangan berhubung isu 1MDB. Saya ucapkan terima kasih kepada pegawai penyiasat kerana berikan saya ruang secukupnya untuk membuat penjelasan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut Zahid, antara ke­terangan yang diberikan kepada pasukan penyiasat itu termasuk kenyataan beliau ketika bertemu dengan wakil keluarga Arab Saudi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN