Hierro enggan salahkan pemain - Utusan Malaysia

Hierro enggan salahkan pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUZHNIKI – Jurulatih Sepanyol, Fernando Hierro enggan menya­lahkan pemainnya selepas mereka gagal mara ke peringkat suku akhir Pia­la Dunia apabila tewas kepada Rusia menerusi penentuan sepakan penalti kelma­rin.

Memuatkan artikel berkaitan…
SEPANYOL terpaksa akur apabila mereka tersingkir daripada saingan
SEPANYOL terpaksa akur apabila mereka tersingkir daripada saingan Piala Dunia kali ini selepas ditumbangkan Rusia menerusi penentuan sepakan penalti kelmarin.

Hierro menggalas tugas sebagai pe­­ngendali pasukan tiga hari sebelum kempen Piala Dunia Rusia 2018 bermu­la apabila Julen Lopetegui dipecat ke­rana menerima tawaran untuk membim­bing Real Madrid bagi mengisi kekosongan tempat yang ditinggalkan oleh Zinedine Zidane.

Bekas pemain tengah Bolton Wande­rers itu memberitahu, beliau memikul tang­gungjawab sepenuhnya ekoran ke­gagalan Sepanyol pada aksi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pa­sukan terikat 1-1 sepanjang 120 minit perlawanan sambil mengakui tugasnya bersama skuad kebangsaan masih kabur.

“Saya tidak risaukan tentang diri sendiri, namun apa yang lebih penting adalah kami mempunyai pemain yang luar biasa tetapi gagal menampilkan aksi seperti mana yang diharapkan.

“Sebagai jurulatih sememangnya sa­ya perlu bertanggungjawab atas ke­kalahan ini kerana segala yang berlaku adalah di bawah kendalian saya.

“Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa. Saya mengambil peranan ini da­ripada rasa tanggungjawab dan sudah bersedia menerima sebarang risiko untuk kempen Piala Dunia kali ini.

“Kami meninggalkan kempen kali tan­pa sebarang kekalahan dan itu adalah hakikatnya. Penentuan sepakan pe­nalti yang menyebabkan kami tewas 3-4 sebenarnya adalah bergantung ­pa­da na­sib, namun kami tetap meneri­manya dengan hati terbuka,” kata Hierro.

Sementara itu, Hierro teruja de­ngan persembahan skuad La Roja yang mempunyai peratusan penguasaan bo­la lebih banyak berbanding pasukan lawan dan pemain berjaya menggalas tanggungjawab mereka dengan baik ketika ber­aksi di atas padang.

“Jika kamu meneliti keseluruhan permainan, Sepanyol lebih kerap melakukan asakan, terutamanya di bahagian sa­yap dan tengah dan pemain ber­usaha se­hingga tamat perlawanan untuk men­­dapatkan kemenangan,” ujarnya. 
– Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN